Thursday, December 24, 2009

The Pously Naie Monologues: Tujuh

"Kenapa kau dah lama tak tulis kat blog ni?"

"Aku tak ada masa"

"Tak ada masa?"

"Ha'ah. Aku banyak komitment lain"

"Komitment apa la sangat?
Aku tengok macam tu je kau.
Tak ada kemajuan."

"Apa kau tau?
Yang kau sibuk sangat tu pasal apa?"

"Bukan sibuk.
Tapi sebagai kawan kau, aku prihatin.
Aku taknak kau sia-siakan masa kau macam tu.
Padehal, kau ni kesenangan diberi.
Kau tu je yang tak guna dengan sebaiknya.
Kalau aku jadi kau lah kan.
Pergh, aku rasa aku dah boleh jadi bajilionair."

"Bajilionair ketiak kau.
Cakap memang senang.
Nak bikin bukan mudah."

"Kalau mindset kau macam tu, susahlah."

"Habis tu, yang kau tu pon apa kurangnya.
Sama je aku tengok.
Cuba ko menjadi contoh yang baik pada aku.
Cermin diri tu sikit"

"Aku rasa nak pecahkan je cermin ni"

"Jangan, nanti luka, siapa yang sakit?"

"Aku"

"Tau takpa"

8 comments: