Tuesday, December 23, 2008

The Pously Naie Monologues : Empat

"Kalau diorang datang mencari aku atau apa-apa,
kau jangan bagitau aku ada kat sini
"

"Apesal pulak?"

"Adalah, nanti aku bagi tau kau, aku janji.
Tapi kau kena bagitau diorang aku tak ada kat sini
"

"Habis tu, kalau diorang tanya, kau kat mana, aku nak bagitau apa?"

"Kau bagitaulah, aku kat sana."

"Sana tu mana?"

"Sana tu, alah pepandai kau lah.
Takkan semua aku nak ajar
."

"Jadi, kau nak aku tipulah ni?"

"Eh, mana ada, ni kan fantasi.
Sebab tu rambut aku merah, dan mata aku hijau.
"

"Kalaulah takda gambar ni,
deskripsi kau ni bunyik macam menakutkan.
Contohnya, 'pada suatu hari, aku berjalan
lalu sesat di dalam sebuah hutan yang tebal, dan gelap.
Tiba-tiba aku dengar satu suara mengilai, heee heee hee.
Aku terkejut dan lari sekuat hati, lari punya lari, aku terjatuh.
Aku cepat-cepat cuba bangun balik, suara itu hilang.
Sedang aku bangun, aku toleh, dan depan aku muncul satu raksasa
berambut merah dan bermata hijau, nafasnya busuk.
AAAAAAAAAHHHHHHHH'
"

"Sial, tahulah aku tak gosok gigi lagi"

6 comments:

  1. Lain kalau orang kata kita tipu (dan memang tipu pon), bolehlah kata, 'mana ada, ni kan fantasi'. Hahaha.

    ReplyDelete
  2. pously naie, kalau nak amik gambar2 ni wat background desktop ke boleh tak?
    ke kena saman kalo amik gak tanpa kebenaran?

    ReplyDelete
  3. @Sue Anna Joe

    Dalam dunia fantasi bolehla kau nak buat macam tu.

    @ryurisora

    Boleh. Aku ada perancangan nak buat wallpaper sebenarnya. Tapi kalau kau nak guna yang ni, silakan.

    ReplyDelete
  4. wahaha...mula2 aku igt dia nyorok ada org dtg mintak utang...
    tapi ada mak bapak suruh anak diorang menipu mcm tu.. sebijik!!

    ReplyDelete
  5. @Qarmadharma

    Haha. Weh, jangan berhutang. Lagi-lagi along, woo takut. Aku selalu macam ni bila malas nak layang anak buah aku, sorok dalam bilik, buat-buat tidur.

    ReplyDelete