Wednesday, December 10, 2008

Perempuan yang fikir pakai payudara.


Hal ini telah disentuh oleh Magenta. Tapi aku nak elaborate hanya satu perangai yang aku paling menyampah oleh kaum aku sendiri. Aku quote dari Magenta:

[ Dan aku tak paham kenapa ada orang yang suka tanya soalan yang dia sudah tahu jawapannya? Macam-
"Oh gosh, why are all these cars honking at me?"- oleh seorang kenalan yang sedang memakai mini hot pants.
"Kenapa laki suka pandang dada aku?"- oleh seorang kawan kepada kawan aku yang memakai bra hitam di bawah baju putih yang ketat.
Mereka nak kita jawab apa sebenarnya? Aku pun tak tau." ]

Argh. Aku ingat aku sorang je rasa nak muntah bila kejadian ini berlaku, rupanya ramai juga manusia lain yang turut berkongsi perasaan yang sama. Aku tak paham perempuan macam ni. Memang benar, women are complicated. Aku perempuan pon masih keliru dengan jantina sendiri. Malu pon ada, sebab perangai macam ni membuatkan kaum aku kelihatan bodoh dan aku pon kena tempias jugak. Haih.

Mari kita beri nama kawan aku ni Beyonseh. Beyonseh ni badan dia agak gebu, kulitnya putih, badannya montok, payudara mantap, bontot memang bootyliciouslah, sesuai untuk masuk dalam video klip 50 sen. Pastu perempuan ni biasalah vain, dan tahu bila ada sesuatu kelebihan, lebih-lebih fizikal. Ada kalanya memang perasan, tapi takpon. Tapi ada yang memang benar dan diakui keistimewaannya. Aku cerita pasal keistimewaan fizikal.

Jadi, perempuan ni, sesetengah atau mungkin kebanyakan, kerana naturally vain, akan flaunt apa yang diorang ada.

We girls like to show the world what we have.

Dan tipulah kalau perempuan ni tak syok bila dilihat dan di'appreciate' oleh lelaki.

Contohnya, bila lelaki feewit, kononlah tak suka, tapi dalam hati akan sedikit rasa kembang, biarpon lelaki tu tak hensem langsung. Kalau yang ada rupa sikit, uih lagilah rasa waaah hebat.

Tapi yang buat aku menyampahnya, bila Beyonseh ni dengan seluar ketat nampak bontotnya seketul seketul kiri dan kanan, stok seluar nampak v-shape pepetnya (sori agak lucah sket ayat aku, tapi aku geram), dan kemudiannya jalan stok hayun tulang pinggul kiri kanan bila berjalan, mulut bising dan kecoh, gelak supaya satu dunia dengar, dan lelaki semua tengok, berkata hai, mengeluarkan bunyik tikus, atau berkata, sedapnya, banyak air nieh, dan sebagainya, dia akan pandang aku sambil buat muka menyampah, menjeling pada lelaki tersebut, dan tanya "Eee, apesal diorang ni tengok I, gelinya, ewwwww"

H E L L O

Haih kawan aku ni. Kalau tak disebabkan dia baik ngan aku dan aku sayang dia, dah lama aku tampar. Chey, berani sangatlah aku nak tampar orang. Tapi takdalah, aku tau aku bukan perfect, tapi serious weh, aku menyampah gila perangai macam tu. Tapi sekarang aku rasa dia dah tak macam tulah. Taktaulah, aku dah lama tak lepak ngan dia. Rindu pulak nak tengok dia macam tu. Tapi masa tu aku hanya mampu senyum paksa, nak jaga hati kawan.
Malasla nak nasihat, sebab aku pon lebih kurang je.

Aku cakap macam ni sebab, payudara aku (aku rasa perkataan payudara ni erotik dan lebih lucah dari perkata tetek) pernah kena ramas sekali masa aku pergi ke sebuah concert. Masa tu aku pakai lah baju yang ketat sket, lengan panjang, tapi ketat, memang nampak terbonjol gak lah kat dada wanita aku ni. Masa tu aku duduk kat depan stage, betul-betul depan, belakang pagar penghalang tu. So tengah sibuk layan sapa tah masa tu tengah perform, tiba-tiba aku dapat merasakan sekeping tangan yang merayap dan meraba dada aku dari belakang. Padehal kat sebelah aku, bf aku (kini ex). Aku terkejut, terus bagitau the ex, dan dia sebagai hero aku, sempat pegang tangan mamat tu, sambil pegang sekuat-kuatnya dan pulas. Tangan tu terlepas jugak, tak sempat tengok sapa.
Aku punya bengang masa tu. Rasa nak tendang je semua lelaki kat situ.

Tapi, pikir balik. Siapa suruh pergi pakai macam tu.
Yelah, kat konsert, dipenuhi dengan testosteron. Berhimpit-himpitan.
Aku rasa lelaki kot bodoh kalau tak ambik kesempatan.

What do you expect kan? Padan muka aku.

35 comments:

  1. sebenarnya mereka tu mahukan perhatian
    ish ish ish

    kesian

    *aku dah mula jatuh hati pada tulisan kau
    you wrote what we (guys) want to read
    kekekeke

    ReplyDelete
  2. @pjoe:

    Macam entri ko mengenai taman permainan tu, memang mahukan perhatian, semua orang mahu, cuma ada manusia yang terlebih mahukan perhatian.

    Dah dapat perhatian, bising pulak. Wat the wat the la kan.

    Wah, terharu aku. Lagi-lagi sebab aku suka gak penulisan ko. Awww.

    Perut Mexican wave sket. Yipaaa.

    ReplyDelete
  3. pjoe gatal gile.

    hahaha..

    but yeah..sebenarnye..dia cuba nak bgtau yg die lebih hot dari kamu masa *phewit* tu..

    kot.

    perempuan. kalau di panggil cantik dgn nada gurauan pon akan sikit kembang juga..

    hehehe..

    ReplyDelete
  4. Amboih pjoe.

    Pously Naie, you took the words right out of my mouth. EXACTLY my thoughts. You know, maybe this friend, is the same friend that I have? Atau mungkinkah semua orang ada kot satu kawan yang macam ni?

    ReplyDelete
  5. Haha, tu lah, tengah tertanya gak ni. Mungkinkah semua orang ada seorang kawan yang macamni? Entri ni kelakar, hehe.

    Oh, Beyonseh, Beyonseh. Huhuhu.

    ReplyDelete
  6. to the certain extent, i agree with u ;)

    ReplyDelete
  7. Pernah sekali tu kat Portland, Oregon USA, aku tengah nonton konsert Eminem and Limp Bizkit. Stage kecoh bukan main dengan band and penonton pun kecoh and belakang aku ada 3 pompuan dah bukak baju and menampakkan payudara yang anggun. Hahaha....aku jadi confuse di antara nak menonton PAYUDARA atau Eminem. Hahaha. I guess, generalizing men memang mudah tetapi aku masih percaya kepada soal individualisme. Bukan semua lelaki begitu dan bukan semua perempuan begitu.

    Dan aku akan terus pelik kalau aku lihat pompuan gemuk pakai ketat2 and nampak lurah atau lambakan payudaranya. And kalau lepas tu dia kata: "Apalah diorang (lelaki2) tengok I macam tu....", aku jadi teringin sangat nak cakap balik: "Kau ni dah lah gemuk, buruk and pakai gitu plak....aku rasa nak lari tapi tak tau ke mana..." Hahaha....jangan marah....main2 aje ni. Keep it cool.

    ReplyDelete
  8. sgt stuju!
    lg2 ade yg jln mendada menonjolkan ape yg ade..
    geli la plak :/

    ReplyDelete
  9. saya nak berkenalan dengan beyonseh boleh?

    ReplyDelete
  10. i ade kawan mcm beyonseh ni. tiap2 kali kena ngorat. kembang die, ta payah cakap la. daysat gile.

    woman like to show off. mane2 perempuan pun tak berkecuali. cume the way of showing off tu, samaade kena cara atau tidak.

    ReplyDelete
  11. "DonCorleone said...

    Pernah sekali tu kat Portland, Oregon USA, aku tengah nonton konsert Eminem and Limp Bizkit. Stage kecoh bukan main dengan band and penonton pun kecoh and belakang aku ada 3 pompuan dah bukak baju and menampakkan payudara yang anggun."

    Apala ko corleone..buat air liur kitaorang kat
    mesia ni meleleh je...si ni nak nampak payudara
    jangan haraplah.

    ayat kat blog power2 gatal..tapi semua pakai conservatif je. Siap guna ayat labuhlah tudung mu menutup payudaramu...tak ke bosan siot...

    Pergi gig kat sini mcm pergi usrah...pompuan
    bertudung melambak..

    ReplyDelete
  12. @Fareenz

    Ya betul tu. Tak salah pon perasan, tapi jangan over sudah, tu yang payah kalau mendapat lebih pujian.

    @Sue Anna Joe

    Ntahla, aku rasa semua orang ada kot member jenis camnieh. Haha

    @magenta

    Mungkin. Tak mustahil kalau ada. Yeah Beyonseh.

    @Farah

    Thanks, but I'm curios to know the other extent that you don't agree on?

    @DonCorleone

    Not surprised rape cases happen a lot at concerts there.

    Individualisme. Betul tu. Tapi aku rasa setiap gender adalah kesamaan sikit-sikit yang boleh nak relate. Cuma tahap kronik tak kronik tu lah berbeza.

    Semua ada perasaan teringin nak cakap, tapi kang tetiba aku kena balik apa-apa, ada je kot benda yang aku buat menyakitkan mata orang aku tak sedar. Jadi, takpalah. Tak sanggup aku.

    @fithot

    Yeah.

    @Melayu Minimalis

    Tapi kaki Beyonseh tak panjang. Ko kan sukakan gadis berkaki panjang.

    @n y s a a

    "the way of showing off tu, samaade kena cara atau tidak."

    Sangat betul tu.

    @youdare

    Ko pergi je lorong haji taib tu. Aku dah tengok dah payudara yang bulat dan mantap, baik gila, kalah yang asli. Aku yang perempuan ni pon jeles tengok.

    ReplyDelete
  13. hahahahahaha!

    post ni memang sgt besttttt.

    saya ingat saya sorang je yg rasa camtu, sebab saya pun ada sorang kawan camtu, kawan baik lak tu, tu yg payah gilelaa nak tegur. pakai ketat2 n dedah dada yg dah sedia well-endowed (n she realized about that sebab selalu complain nak go for breast reduction la blablabla) pastu bila laki pandang nak marah2, buat2 bengang konon walhal dlm hati sukala tu. tapi kalau betul2 tak suka laki pandang camtu who the hell asked you to dress like a whore in the first place kan? kan? kalau dah suka sgt pakai seksi camtu, shut the hell up jela bila dpt unwanted attentions camtu.

    oops.. sorry melebih2 lak mengomen. by the way, i love ur blog. im gonna link you to mine. keep on blogging n i'll keep reading! *wink2*

    ReplyDelete
  14. @Melissa

    Terima kasih.

    Haha, memang semua orang ada kawan macam ni kot. I guess they're being a bit too vain and bimboish. Ahahaha.

    Takpa, let it all out!!

    Happy that you like my blog. And thanks for linking me! Yay!

    ReplyDelete
  15. haha gila interesting.
    tapi memang betul pon apa yang kau cakap tu.
    i do know people like your friends,

    they do anything to get the male attentions.

    flaunt everything.

    uh, what happened at the concert was bad.
    i'd be pissed off too kot.

    ReplyDelete
  16. jiwa ku makin kaco kalau tengok perempuan pakai ketat ketat ni... sebenarnya aku kesian pada mereka... sebab terlalu murah sangat..dan lebih kesian pada bf atau suami mereka sebab bagi free orang lain tengok sedangkan itu hak dia..

    kaco kaco dunia ni..

    ReplyDelete
  17. ni yang aku rasa gatal nak memblog dalam bahasa melayu nih.. I love your words..

    ReplyDelete
  18. @Atira

    Attention whores. We all are. Just at different levels.

    Yeah the concert, it happens to a lot though. As I said, what do you expect, in a place like that, it's bound to happen.

    @jiwa kaco

    Tapi ada jugak lelaki yang bangga nak tayang kat orang yang awek dia seksi dan hot gitu

    @Izuan

    I find it easier to express my feelings in Malay. So yeah, marilah kita berblog dalam bahasa melayu.

    ReplyDelete
  19. Hmmm, best betul entri ni, melele hahahaha.

    ReplyDelete
  20. hehe ini topik yang selalu aku bincangkan bersama kawan-kawan lelaki ketika lepak bersama.
    "kenapa nak marah kalau sendiri yang tunjuk?" perkataan ini selalu aku dan kawan2 ucapkan lalu ketawa beramai2.
    =)

    ReplyDelete
  21. hahaha, aku pun ada sorang kawan pompuan yg mcm tu. menaympah gak ngan dia sbnrnyer. Tapi dah kawankan sigh~~

    Yaaaaa..aku setuju, marilah ber-blog ngan bahasa MELAYU :D

    ReplyDelete
  22. Pously Naie , this is my 1st visit to ur blog. interesting topics u have here..

    pasai kesah breasts ni..mmg betul, setengah org tu rasa bangga jer kan bila men (tak kira hensem ke tak) pheeewwwiittt kat diorang, tgk dada dioarang...(walau diorang tak lawa mana pun berbanding kita nih ;)) assets mantap, diorang pun nak la tunjuk...as u said, buat2 tanya apasal org dok tgk diorang...>>GELI DAN LAWAKNYEEEE

    ReplyDelete
  23. Pously Naie, hi...

    Tertarik sungguh dgn blog ko neh... Hehe... Memang best...

    Aku tadela kawan yg camtu or mebi dorang tak brani nak berperangai sedemikian depan aku pasal meka tau how acerbic my mouth is [aku bukan la laser, tapi dah bimbo[doh]2 neh sume dok pk aku gitu, padahalnya aku cuma berlaku jujur je] jadi meka takla berani nak gediks[ial] bila dgn aku...

    Tapi seriuslah, memang ada pempuan yg memang tak reti malu, suka tunjuk2, padahalnya kalao tak tunjuk tu macamla orang tak nampak kan?

    Aku benci kaum macam ni... Boleh2 aku nak larikan diri... Supaya tak terjangkit dengan kebimbo[doh]an dorang!

    Memang blog ini akan tersenarai dlm blog yg aku suka - keep the bashings going on ok!

    [Oopss] selamat berkenalan!

    ReplyDelete
  24. hmm.. dalam Islam pun sudah diWAJIB-kan utk kaum wanita menutup aurat dan berpakaian pakaian yg tidak mengghairahkan. Aku sendiri pelik naper pompuan skarang suka pakai seksi2 pastu wat perangai gedik2 pastu pi gurau2 manja ngan laki2. Insaf la skit.. Aku tgk, ak pulak yg sakit hati. Aku x suka marah org. Especially perempuan. Bagi ak, diorang makhluk yg 'special'. Sebab tu Allah menyuruh mereka menutup aurat kerana bayangkan sahaja jika sebutir permata indah yg sering didedah dan dipamerkan, sudah tenu ramai org akan meraba2 dan menyentuhnya. Hilang lah seri permata tu.

    So, simple jer bagi ak. Pakai la tudung perempuan oi. Lagi cute & cantik sebenarnya bila pakai tudung ni. Dedah lurah, rambut, dedah macam2.. itu semua hadiah untuk suami.

    Aku doakan semoga perempuan2 yg di luar sana akan berubah sikap. Wassalam..

    ReplyDelete
  25. Bagus bagus post yang bagus. kini aku lebih terasa nak tutup dada aku.

    ReplyDelete
  26. menarik btol post ni..
    hahaha~
    speechless..

    ReplyDelete
  27. menarik btol post ni..
    hahaha~
    speechless..

    ReplyDelete
  28. hye..hmm..
    world bcome more cmpicated now..
    huhu~
    mcm2 bnde jdik..sori la andai komen ni nty ada yg kecik ati tp kalo utk mningktkn diri pe slh kn??

    x tw ar nape..yg pakai bju ketat2smpai sume bnde nk kuar opcos org yg bdn MONTOK2 n CHUBBY2.am i right??
    please ar..bdn dh la ala2 cmtu..kalo gne bju ketat2 lg la nmpk sume bnde..lg x thn kalo yg asl dr 'ngri2 yg amik cuti ari jumaat'..
    sori kalo ada yg kcik ati..sori dear~
    u all are born at nice place..islamic state..nape x kekalkn pe yg ada kt ngri korg bile ko migrate??keep up nice attitude..leave all bad attitude..thnx..n sori kalo ada yg kcik ati..ni pesnan from a girl to girls.

    ReplyDelete
  29. best!

    aku ade kawan mcmtu, pastu aku blah cepat2 sbb takut terpengaruh!

    huh apela perempuan zaman sekarang ni..

    ReplyDelete
  30. aku pon ade kawan mcmtu,hav to bear with it all the time..sob3

    ReplyDelete
  31. salam alaik, Pously Naie. kalau si penulis berani tulis hal-hal kewanitaan; cerita tentang pakaian dalam mereka, dedahkan keaiban diri, sama sahaja dengan diluar sana. penulisan entri kali ini akan menarik minat kaum berlawanan dalam hal-hal sebegini. sejenak; fikirkanlah baik-baik. Islam tidak pernah menghalalkan cara. rujukan:surah an-Nur;ayat 30-31(tafsir al-Quran)

    ReplyDelete
  32. cemar bahasa yang digunakan saudari..saudari patut lebih sensetif untuk menulis isu-isu seperti ini..penulisan seperti ini hanya lebih menjatuhkan maruah seorang wanita..

    ReplyDelete
  33. i sukalah cara u mengayat! BEST! Sangat dekat ke hati. Kgn salah faham sbb i laki2 ok. Even kurang fakta hebat tapi ada sesuatu yg i njoy. ;D

    p/s: sorry 4 what happened. lepas ni rasa2 nak g konsert pakai mcm tu kah? lol

    ReplyDelete