Monday, December 8, 2008

Hari Raya Korban yang dingin.


Hujan tak berhenti dari pagi tadi sejak aku ke Masjid bersama keluarga aku untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha. Di Masjid berhampiran rumah aku terdapat pelbagai jenis manusia dari segala macam kasta. Dari kereta bernombor plet satu angka, hinggalah ke mereka yang bekerja shift di kilang-kilang berdekatan. Ada juga yang kelihatan memakai seragam kilangnya. Biru dan putih. Hari raya pon bekerja. Kebanyakan mereka dari perantauan.

Seperti cuaca yang dingin hari ni, aku turut terasa dingin, suasana Hari Raya Korban di bandar tidak serupa di kampung. Hambar. Membosankan. Rasa seperti hari-hari biasa, cuma ada lemang, ketupat dan rendang. Dan hanya pagi tadi sahaja aku berpakaian raya yang telah dipakai masa Hari Raya Puasa beberapa bulan yang lepas. Dan di waktu begini, kalau tiada tetamu yang datang, aku sudahpun menyalin baju memakai baju t dan seluar jeans, dan yang pasti aku akan tidur Hari Raya setelah aku melahap sesudah solat tadi.

Abang aku yang sulung tidak datang beraya. Dia hantar SMS ke ayah aku mengatakan dia keluar negeri. Aku tau, sebenarnya dia cuba mengelakkan diri dari datang ke rumah ini setelah kejadian abang aku yang lagi satu melemparkan kata-kata 'hikmah' kepadanya.

Okay, aku namakan abang yang pertama tu, Roy, dan abang yang kedua, James. Dua hari sebelum Hari Raya Puasa, aku sekeluarga berbuka bersama seperti biasa. Roy datang bersama isteri dan anak-anaknya. Roy ni dari dulu suka sangat kacau aku.

Kerusi yang mak nak duduki tu sedikit lembab, sangat sikit, tapi sebab aku concern, aku tanyalah, "Mak kerusi basah sikit nie, nak tukar ke?" Basahnya hanya di penghujung kerusi, dan tak kena pon kalau duduk. Mak pon kata, "Takpa, mak duk depan sket, tak kenalah bahagian basah tu". Aku pun merasakan lagi dengan tangan aku tempat tu, dan rasa takdalah basah gila tahap membasahkan bontot dan kain kalau duduk. Ikutkan tak perlu pon keutarakan hal kerusi basah, cuma aku terlebih beri perhatian. Lembapnya datang dari mangkuk berisi ais tak silap aku. Jadi dapat digambarkan hanya lembab sedikit. Tak perlu tukar kerusi. Hal kecil yang tak memudaratkan langsung.

Tiba-tiba, sedang aku cedok nasik, abang aku melemparkan kata-kata kesat kat aku, katakan aku ni bodohlah, bajingan, dan macam-macam lagi. Aku memang jenis akan lawan balik, dan ada satu ayat yang aku keluarkan mengatakan "Kang aku doakan ko miskin baru tahu". Tapi aku tidak sekejam nak mendoakan sebegitu, sebangsat mana abang aku itu, aku tak sampai hati. Cuma saja nak melawan dan sakitkan hati aku cakap macam tu. Yelah dia menghina aku, panggil aku bodoh, bajingan, sial, mana aku tak bengang, hanya sebab aku tak tukar kerusi untuk mak. Dahla masa berbuka puasa pulak tu.

Sesudah aku mengeluarkan ayat tu,
aku terus ditumbuk di kepala.


Terus, segala rasa hormat aku terhadapnya sebagai seorang abang, dan sebagai orang yang sangat kaya dan berjaya hilang. Lesap.

Dramanya tak berakhir. Roy hampir menumbuk aku lagi sekali tapi telah ditahan oleh Jason, satu lagi ahli keluarga aku yang duduk di sebelah aku. Kemudian mak terus bertanya pada Roy "Roy, kenapa kau buat macam ni?", isterinya turut bersuara "Bang, kenapa bang buat macam ni?" sambil menangis. Aku masih memegang kepala aku, terasa biol dan kaget. Sakit dowh. Nasib baik tak kena mata aku. Kalau tidak.

Bila aku tanya macam tu, abang aku terus menolak mangkuk nasik ke arah mak, dan baling gelas, ke arah aku, yang hampir kena mak. Mak aku pon, apa lagi, baling jugak gelas ke arah dia, tapi kena lantai lah. Drama.

Terus mak suruh semua berhenti makan dan beredar dari meja makan. Lagipun, habis lauk dimasuki kaca. Ah aku pon terus hilang lapar.

Aku dan Jason terus lari masuk ke bilik bibik aku meraung sebab aku rasa sangat sedih dan kecewa, masih memegang kepala aku. Benjol siot. Jason nak menumbuk balik Roy, tapi aku tak bagi, aku takut si Roy tu belasah si Jason sampai mati. Dahla tengah panas tu. Haih, jadik kes polis pulak nanti. Leceh.

Aku dengar dari dalam bilik, Roy bertekak dengan mak. Dan akhirnya diam, dia pun balik ke rumah. Aku keluar dari bilik. Jason dipanggil bodoh oleh mak sebab tak tumbuk je balik, mak aku tengah panas jugak masa tu. Tapi aku rasa lebih bagus Jason tidak menumbuknya. Panjang cerita, dan Jason pon tidak bodoh macam si Roy tu.

Isteri pada James ada di situ waktu itu, dia diam saja, dan pergi kat mak. Dan dia lihat kaki mak berdarah, rupanya kaca yang pecah dari gelas terkena kakinya. Hish. Bengang gila. Kakak ipar aku pon tolong membersihkannya.

Tapi kerana takut masih ada kaca dalam kaki, dan sebab mak ada kencing manis, aku, Jason, kakak ipar bawak mak ke klinik untuk diperiksa. Aku dengan benjolnya membawa sebotol air panas untuk dituam ke atas benjol aku tu. Sampai ke hari ni masih ada lagi kesan benjol.

Masa kejadian ni, James takda di Malaysia. Jadi dia tidak tahu menahu. Seminggu kemudian, dia balik, dan beberapa hari kemudian baru aku bagi tau. Bengang gila dia. Jadi, dah tak tahan sabar dan bengangnya, kerana Roy ni buat tak tau dan rasa benda ni dah okay, abang aku James terus memberi kata-kata hikmat pada Roy masa Roy datang untuk tegur James dan bertanyakan "So how was your viva?" James yang memendam perasaannya selama ini tidak menjawab soalan itu tanpa segan silu berkata pada Roy,

"You still have the nerve to come here after what you did?"

Roy, terdiam, mengangguk kepala dan hanya berkata "Okay.." Pergh. Dan terus Roy blah balik. James tak puas hati sebab tak dapat bertumbuk. Ahaha. Dan sejak itu, dah berbulan-bulan Roy tak datang ke rumah. Surat yang sampai ke sini pon di ambil oleh iparnya dan bibik. Haih.

Carik pasal sangat. Aku sebenarnya kesian kat Roy. Dia tumbuk aku pon aku masih rasa kesian. Aku sebenarnya kesian kat mak, sejahat manapun anak, dan sesakit hatinya seorang ibu pun, mesti dia rindu dan sayangkan anaknya. Walaupun kalau boleh aku dah tak mau pandang si Roy lagi, tapi dalam hati aku, aku masih teringin dia datang ke rumah, sekurang-kurangnya mengucupi tangan mak.

Selamat Hari Raya Aidiladha semua.

23 comments:

  1. hmmmmmm
    baran jugak si roy tu
    aku selaku anak sulung, quite baran jugak
    tapi pesen aku, aku suka pendam

    aku nak komen lebih2 pun aku tak tau macam mana
    hmmm

    ReplyDelete
  2. @pjoe

    Memang sangat baran. Abang aku tu, masa mula-mula kahwin ada jugak kes pukul dan tumbuk bini dia. Aku harap ko tak sebaran tu.

    Aku pon taktaula nak komen apa sangat. Aku lebih kesian dari bengang sebenarnya.

    Dan sebenarnya masa umur aku 5 ke 6 tahun tak silap, masa tu dia tengah study, aku kacau dia, duk lompat-lompat atas katil, biasalah budak kecik annoying sikit nak attention, jadi aku dengan bahagianya melompat atas katil tempat dia tengah baring dan study, tiba-tiba dumm aku kena tendang.

    Terus aku menangis terkejut, sakit tak sangat seiingat aku. Kena marah ngan mak. Ahaha. Padan muka. Taktaulah apa masalah dia tu.

    Oh, dan aku ada edit entri ni sket, sebab ada cerita yang tertinggal. Semangat sangat meluahkan cerita terlupa sesetengah babak.

    Mak aku siap kaki berdarah sket sebab terkena kaca yang pecah. Cuci sikit, terus bawak pergi klinik takut ada lagi terbenam dalam kaki. Bahaya tu, dahla mak aku ada kencing manis.

    Aku plak, sampai hari ni ada sedikit benjol kesan peninggalan tumbukan Roy.

    Ntahla, ayah aku yang pendiam dan malas nak kecoh pon rasa marah, dia kata abang aku kena mintak maaf ngan aku. Aku sebenarnya takda hal nak mintak maaf sebab cakap macam tu, tapi tahla, sampai kena tumbuk tu macam tak patut je balasan yang aku dapat.

    Aku rasa dia kena masuk kelas anger management kot. Aku sebenarnya rindu pada anak-anak dia dan isterinya. Lama gila tak jumpa sejak kejadian ni...

    Sedih.

    ReplyDelete
  3. a sad story, sian ur mom.
    die patut mintak maaf kat ur mom.
    sebab syurga bawah tapak kaki ibu.

    p/s ; salam perkenalan. :)

    ReplyDelete
  4. sabarlah, setiap yang berlaku akan ada baik buruknya.

    p/s : salam perkenalan.

    ReplyDelete
  5. aku juga anak sulung.
    tapi takdela sampai nak tumbuk adik aku sebab benda2 remeh.
    seroiusly dude.
    dia kena masuk anger management class.

    *salam perkenalan juga dari orang baru buat orang baru :)

    ReplyDelete
  6. @n y s a a:

    Rasanya dia ada je mintak maaf. Tapi tak pasti mak aku maafkan ke tidak. Yang pasti mak aku masih tak puas hati dengan Roy.

    Salam perkenalan to you too.

    @bokbon:

    Buruknya dah ada, yang baiknya tak nampak lagi.

    Salam perkenalan kembali!

    @anas afrohead:

    Baguslah ko macam tu. Aku rasa mungkin dia dah ada bengang hal lain kot, terbawa-bawa ke meja makan. Dia kerja macam orang gila. Kaya nak mampos. Tu kot jadik macam tu. Stress kat ofis, lepaskan geram kat luar ofis. Haduih.

    Wah, ko pon baru ya. Bagus. Selamat berkenalan juga.

    ReplyDelete
  7. wah! sedihnya baca..aku ank sulung gak tp aku ada mslh xleh marah :( anywy nice to meet u pously naie

    ReplyDelete
  8. Cerita ini sangat sedih tetapi indah dengan tulisan yang agak cantik

    saya suka

    hi there

    saya mahu link kamu, hihi

    =)

    ReplyDelete
  9. Salah emak bapa juga. Anak2 adalah kain putih.

    Kalau asuhan salah dapatlah anak2 mcm ni...

    kena belajarla dengan cara pahit...

    adik beradik mesti ditekankan dari kecil untuk
    berbaik2 dan berkongsi. menjaga hati masing2.

    Bukan datang dengan sendiri. Anak2 tgk teladan ibu bapa.

    ReplyDelete
  10. @Insanity Mind

    Nice meeting you too.

    @Firdauz takes five

    Terima kasih

    @asuhan

    Begitu mudah nak menyalahkan orang lain. Bagi aku, ibu bapa mendidik mengasuh anak sebaik mungkin.

    Abang aku sebenarnya dulu memang baik, berkongsi selalu bagi duit kat aku, adik beradik dia, parents aku. Kat ayah dia pernah belanja berbelas ribu untuk menunaikan haji. Kat mak aku, setiap raya atau sekali-sekala bagi duit beribu-ribu, dan pernah sepuluh ribu. Kat aku pon boleh tahan banyak, kat abang aku siap belanja tiket kapal terbang pergi dan balik setiap kali dia ke luar negara untuk settlekan urusuan belajar.

    Tapi, sejak dia semakin kaya. Semakin naik pangkat dan statusnya, dia dah mula jadi sombong, dan bongkak.

    Kalaulah ko kata asuhan, kenapa sering didengar, anak anak ibu bapa yang para ulama' anaknya seorang yang liar dan sebagainya. Aku pasti diorang telah mengasuh sebaik mana yang mungkin.

    Masa kecik bolehlah nak asuh jadik baik. Tapi bila besar, semuanya boleh berubah. Akhirnya, jatuh pada diri sendiri jugak, nak timbang mana yang baik dan buruk. Dah besar, dah ada otak, sendiri pikir la.

    ReplyDelete
  11. sedih gila babi cerita ni. haha, berair air mata aku sikit. sikit je.

    ReplyDelete
  12. salam perkenalan~~~~

    setuju sama kamu
    asuhan sebaik mana dari ibu bapa pun
    kalau anak-anak akhirnya kalah pada dugaan dan ujian dunia
    alpa pada yang mengasuh
    lupa pada akar umbi
    tidak dapat disalahkan ibu bapa yang sudah bertungkus lumus mencanting corak pada kain putih itu bukan?

    ~~salam perkenalan lagi~~

    ReplyDelete
  13. i can really relate to this, i have a bad tempered eldest brother too. beating others is just his way of covering up his insecurities.. i guess. beautifully written nevertheless, bravo :)

    ReplyDelete
  14. owhh..takutnya..sy juga ade adik mcm roy tu..mntang2 dia lg besar n tggi suka2 ati jer nk hempuk sy dgn kerusi...hhuhu..

    btw..slmt berkenalan..sy br x br..xde pe yg bes utk dikongsi dlm blog sy..tp ske sgt bc ur blog..hehehe..link kamu ya...:)

    ReplyDelete
  15. that IS pure drama... i totally agree with your opinion on asuhan ibu bapa / upbringings.

    ReplyDelete
  16. @dilarang-melarang

    Chey chey.

    @EsLemOnTeA

    Betul tu. Mesti setiap parents dah cuba yang terbaik yang mereka mampu.

    Salam perkenalan juga.

    @Ainstein

    Insecurities. Perhaps so. Perhaps they feel threaten by others, being the first born.

    @Fazhass

    Satu lagi yang aku tak paham bila lelaki pukul aweknya. Ish.

    Terima kasih, selamat berkenalan!

    @Izuan

    Almost unbelievable that it happened. Yeah, I guess people just like to find someone to blame rather than themselves.

    ReplyDelete
  17. punya abang yang serupa.
    hati kering.

    punya pengalaman yang sama.
    beg gusti (lebih biasa diikat dan didiamkan).

    punya rasa yang hampir.
    masih kasihan.

    cuma syukur.
    selepas sekian lama, dia sedar sendiri.

    this entri reminded me a lot of childhood. bezanya, my brother was not the only one abusing this mind. extended family sekali.

    i was kinda geeky and buruk, back then.
    hehe.

    so, love, sabarlah.
    dan tak salah untuk kita berlembut.
    mana tau?

    death is too near for everyone.

    ReplyDelete
  18. ouh..y wif ur bro? baran x bertempat.
    ur mum x maafkan ke?
    ouh..thats terrible. die akn dpt mslh besa if ur mum x maafkn.
    so till now 1 fmly banned die la yea?

    oh.oh. btw. salam perkenalan.
    nice blog wif usefull knowlegde.:)

    ReplyDelete
  19. @fynn jamal

    Abang aku belum sedar lagi rasanya. Mungkin sedar, tapi segan. Ntahla. Lama gila tak jumpa.

    Pasal death tu, hmm. Betul. Kalaulah semua orang fikir macam ni.

    @aiNiee ^_^

    Tak pasti hati mak maafkan ke tidak.
    Tak diban pon, cuma masing-masing malas nak layan.

    Salam kenal juga.
    I don't think the stuff in here is useful though!

    ReplyDelete
  20. hah terpanggil anda "dude" pula dalam komen sebelum ni.
    ingatkan lelaki. maaf :)

    ohh pernah satu ketika, aku hampir gagal mengawal amarah aku pada adik bongsu aku.
    tak perlulah aku ceritakan kenapa.

    situasi ketika itu begini:
    aku bangun dengan tangkas,
    aku cekik dan genggam leher adik aku dengan tangan kiri,
    dan tangan kanan aku berada dalam keadaan sedia, penumbuk digenggam tinggi hanya menanti masa untuk dilepaskan. segala kudrat jantan aku kumpulkan di penumbukku ketika itu.
    dan ketika aku seolah2 telah dirasuk syaitan,
    ibuku menegur aku "anas sabar anas"
    aku menarik nafas panjang, dan perlahan2 aku lepaskan leher adikku dan aku turunkan genggaman penumbukku.
    syukur, aku berjaya mengawal amarahku ketika itu.
    =)

    ReplyDelete
  21. waaa....when i first read ur entry,i tot u have been blogging for a long time,but then i was surprised that u hv just started writing!!born to be a writer eh??? hehe. love all the pics/cartoon u put here.

    ReplyDelete
  22. Hello, stumbled upon ur blog, good writing :).

    This particular post of urs intrigues me much. Tis a very sad & unfortunate series of events indeed. As they say, "Family is the Worst & Best things in the world". However it is ones actions tht defines consequences aside from apa yg telah ditentukan oleh-Nya. Qada & qadar.

    I know this has happen quite a while back, but I hv a question tho. Kalo nak entertain, tht'll b great, if no, then no worries then :).

    Q: Before this dinner episode happens, mind if i ask how was the relationship between u n ur bro? Was there any silent(or not)tense, beef, signs of disrespectful gestures due to prolong previous rudeness, whatever u want to call it, etc between u n Roy? Anything tht cld resulted in him giving u the verbal abuse n ur response after? Coz to hv him just to punch u in d head for merely such reasons doesn't make any sense. Coz base on ur story (wht u allow to disclose) it cldnt hv been an insecure thing, hes rich, successful bla2 n all. Has to b an internal thingy between the both of u. If theres any, if u dun mind, would like to hear ur thoughts on these matters. Coz yeah, like every conflicts, it takes Two to tango.

    However, i sincerely hope everything gets well wit u guys, coz yeah, despite how everyone feels (not much affected by it, etc), if things does not take a positive curve soon, such prolonged emotional scars cld cause dire damage :(.

    Anyways, all d best, n best wishes fo u n ur family :).
    Salam perkenalan.

    Lokman.

    ReplyDelete
  23. hm aku pon ada abang sulung yg panas baran mcm ni..dulu time kecik2 selalu gak kena belasah dgn dia.even because of small matters.contohnya aku ejek dia dengan tasha celcom dulu (igt x ada iklan "u look blue today").lepastu terus kena belasah (tak ada sebab kan utk dia belasah?)dia akan lebih suka membelasah if ada orang di situ.contoh masa tu ada cousin aku.memang bengang tahap cipan.lepas tu sekolah menengah aku masuk asrama.lepas tu dah habes sekolah masuk uni pulak.masa di habiskan di rumah memang tak banyak.so sampai sekarang hubungan aku dengan abang tak rapat.LANGSUNG!kadang2 tak bercakap.mak n ayah pulak tak cakap apa.aku tak tau sampai bila aku tak cakap dengan dia macam ni.aku dah maafkan dia.tapi sumpah aku memang tak akan lupakan sampai bila2 pon.aku tak pernah cerita pasal benda ni kat siapa2 sampai sekarang bila aku terbaca blog org yang kena nasib yang sama.sekarang aku rasa dia dah berubah.tapi sikap panas baran tu still ada..

    ReplyDelete