Wednesday, December 10, 2008

Fashion Don'ts No. 1: The Muffin Top

Inspired by E! Channel and personal observation.






























































Aku tahu dan paham konsep menjadi konfiden dengan diri sendiri. Tapi, ada kalanya teralu konfiden tu sangat memburukkan imej anda. Dalam kes ini, dari segi pemakaian. Aku dah lihat terlalu ramai yang memakai sebegini. Dan aku rasa macam nak korek je bijik mata aku keluar.

Soal citarasa tak timbul, yang timbulnya soal sense and sensibility. Kalau dah perut tu buncit dan boyot, tolonglah cover, tak perlulah nak pakai babi-t, atau baju steng, dipadankan dengan skirt pendek atau jeans ketat. Cantik macam mana baju tu, perut ko tu tak akan nampak cantik. Teringin macam mana pon ko nak pakai, please lah jangan. For your own sake, and of course for the others who have to endure this visual torture.

Mungkin ada yang kata, ah peduli apa orang nak kata, janji aku rasa aku cantik sudah.
BIG MISTAKE.

Macam aku ni, aku teringan sangat pakai skirt pendek, aku teringin sangat pakai baju yang berlubang kat belakang contohnya spaghetti strap, tapi aku ada masalah back acne yang meninggalkan kesan parut. Aku terpaksa campak keinginan aku tu ke dalam longkang.

Dan sebenarnya, ko boleh nampak lagi cantik kalau tutup perut ko tu, boleh saja carik baju yang sesuai dan padan dengan bentuk tubuh ko. Nampak cantik kat orang lain tak semestinya sesuai dan nampak cantik kat ko. Aku pon perut buncit gak, dan aku teringin gak pakai macam ni, sebab cantik je aku tengok orang lain pakai, tapi aku pakai dalam bilik aku jelah, sambil mengusap perut aku yang tak berapa nak kempis ni.

Tapi aku tetap seksi tau. Miaw.

13 comments:

  1. sebenarnya kalau perut kempis pun buruk pakai baju nampak perut.

    ReplyDelete
  2. hihihi...

    rasanya paling huduh kalau tgk org tu tembam cam donut tapi pakai baju size S. yang boleh pakai size S walaupun badannya besar giler ialah Encik Superman jer.

    nice blog. ;D

    ReplyDelete
  3. hehe, agreed with u 100%
    kalau i nampak org mcm ni, i gelak je depan2.
    bukan na hine tp its totally funny.
    kalau die tu perut da buncit, but pakai baju yang bersesuaian. mcm dress yg kembang ke. look even nice.
    tade la time die jalan org perhatikan perut die je.

    bdw, i link u trus eeh. :D

    ReplyDelete
  4. yeah..sometimes kinda funny jugak tgk org mcm nie..

    but back to them la kan. their rights.diorg suka macam tu.

    tp for me,senang. kalau tak suka jangan tengok.tengok benda lain yg di rasa cantik.

    kita tengok, tak suka, kutuk. ape dpt?dosa la..hikhikhik!!

    :)

    tapi tapi kan, kalau tibe2 ade perempuan (saya la tu) tengok2 kamu yg hot dan cantik, yg dari atas ke bawah, sampai kamu takde, jgn la rasa benci ke ape,

    sebab saya memang suka tengok benda cantik. macam,"aww..cantiknya dia.."..

    guilty pleasure kot..haha!

    ReplyDelete
  5. sy suke juga nak pakai dress yg yg nampak belakang pastinyer..sbbkan backacne yg buruk..ku lontarkan juwa perasaan untuk berbelakang sexy.

    selalu pakai cardigan nak kover..tapi kalu ke pulau,pantai ..ku cuba buat selamba yaya..ahahah.

    lepas ni i tanamkan tips ni dalam2. supaya i igt..itu huduh sebenarnyer..

    owh owh shame me!

    ReplyDelete
  6. @kitsch snitsch

    Betul. Tapi kalau badan ada abs sket, dan pakai baju ala sporty spandex tu nak bersukan okay kot. Tapi aku masih tak suka.

    @baitycariem

    Terima kasih

    @i.am.belle.

    Lol. Superman, you're so absolutely right. Perhaps S on his shirt stands for "small" as in the shirt size, the name Superman came after.

    @n y s a a

    Kalaulah aku seberani itu nak gelakkan depan-depan. Tapi kesian dowh. Tak sampai hati. Kutuk dan gelak belakang-belakang bolehlah. Ha ha.

    @Fareenz

    Yup, the individuals choice. But I wish they had better sense la not to do so.

    @ohTulipso!

    Aku rasa kalau kat pantai macam tu takpalah. Logical gak kalau nak terbuka, despite the parut and whatnot. Kira BERSESUAIAN dengan tempat dan lokasi. Ada possible excuse.

    Tapi kalau back acne tu teruk gila, cariklah jalan nak cover sket.

    ReplyDelete
  7. its trues..tapi ramai jer aku tgk... skang nie cam pesen plak... badan musti berisi sket.. rambut mesti karat...baju musti ketat... muffin musti ada...

    ReplyDelete
  8. @mrgbun

    Badan berisi sket takpa, sihat, tapi kena pandai lah nak cover. Rambut karat tu tak berkenan, lagi-lagi kalau warna kulit seakan-akan. Muffin, nyam nyam. Haha.

    ReplyDelete
  9. @Atira.

    I know I am. Haha. Thanks.

    @Shemmi @ Tachi~Hajime

    Baru macam cushion sket.

    ReplyDelete