Friday, December 26, 2008

Friday Freebies: #001



Quack Quack Desktop Wallpaper

Ducks are so cute that you want to have them
as your desktop wallpaper. And now you can!

Every Friday, I'll be giving out freebies,
wallpapers and such for ya'all to download and use.

Yehaa for Friday Freebies!

1024 x 768
1280 x 800
1280 x 1024

Click on the suitable resolution for your desktop above,
save the image to your computer.

As requested by Syarifah Hadli
I have changed the background color of the wallpaper from green to black.



Black Quack Quack Desktop Wallpaper

1024 x 768
1280 x 800
1280 x 1024

Click on the suitable resolution for your desktop above,
save the image to your computer.

Done? You are now ready to fancify your desktop!

With much love,
Pously Naie

The Pously Naie Monologues: Enam



"Eh kenapa kau masam macam cuka ni?"

"Aku rasa hina, sehina-hinanya..."

"Weh apesal kau ni, teruk sangat ke?"

"Bagi aku, benda ni teruk,
ada orang kata kat aku,
aku ni tak asli
"

"Huh, tak asli ke nyah?"

"Oikk apa ni raba-raba??"

"Dah ko kata orang tuduh ko tak asli,
aku nak rasalah ni untuk mendapat kepastian
"

"Babi lah ko ni."

Tuesday, December 23, 2008

The Pously Naie Monologues : Lima



"Betul kau tak kisah?"

"Betul"

"Betul ko tak menyesal?"

"Betul"

"Kalau orang tahu macam mana?"

"Biarkan"

"Kau tak takut orang anggap kau ni penipu?"

"Berapa kali aku nak kata, ini kan fantasi..."

The Pously Naie Monologues : Empat

"Kalau diorang datang mencari aku atau apa-apa,
kau jangan bagitau aku ada kat sini
"

"Apesal pulak?"

"Adalah, nanti aku bagi tau kau, aku janji.
Tapi kau kena bagitau diorang aku tak ada kat sini
"

"Habis tu, kalau diorang tanya, kau kat mana, aku nak bagitau apa?"

"Kau bagitaulah, aku kat sana."

"Sana tu mana?"

"Sana tu, alah pepandai kau lah.
Takkan semua aku nak ajar
."

"Jadi, kau nak aku tipulah ni?"

"Eh, mana ada, ni kan fantasi.
Sebab tu rambut aku merah, dan mata aku hijau.
"

"Kalaulah takda gambar ni,
deskripsi kau ni bunyik macam menakutkan.
Contohnya, 'pada suatu hari, aku berjalan
lalu sesat di dalam sebuah hutan yang tebal, dan gelap.
Tiba-tiba aku dengar satu suara mengilai, heee heee hee.
Aku terkejut dan lari sekuat hati, lari punya lari, aku terjatuh.
Aku cepat-cepat cuba bangun balik, suara itu hilang.
Sedang aku bangun, aku toleh, dan depan aku muncul satu raksasa
berambut merah dan bermata hijau, nafasnya busuk.
AAAAAAAAAHHHHHHHH'
"

"Sial, tahulah aku tak gosok gigi lagi"

The Pously Naie Monologues : Three


"Why did you hide the box?"

"What box?"

"You know, THAT box. Where people can put a lot of letters, and words,
words that make up sentences.
"

"Ohh, THAT box. Well, I decided to keep it away. Hide it."

"I can obviously see that. I'm not blind you know.
Hey, you're not answering my question!
WHY DID YOU HIDE THE BOX?"

"Relax. Well, too many letters,
too many words,
too many sentences,
too many secrets.
"

"Secrets?"

"Yes, secrets"

"What kind of secrets?"

"A secret is not a secret if I tell."

"What if, somehow someone finds out your secret?"

"Well, I'll just tell them,
WHAT BOX? I've never seen any box."

"You're lying again."

"No I'm not. I'm just fantasizing."

The Pously Naie Monologues : Two


"What are you doing inside your rabbit hole?
Come outside and play with me!
"

"But, but, I don't want to!"

"Why? It's so fun out here, come on out of there will you?
I've got tons of carrots up here!
"

"But, but what if they see me?"

"Hmm, I have an idea!"
If they see you, act like a cotton ball!"

"Perhaps, that's not a bad idea afterall." Thought the rabbit.

She whispers to herself as she climbs out of the hole,
"I hope no one sees me..."

The Pously Naie Monologues : One

Once upon a time, there was a girl. All she wanted was a breath of fresh air.

"But that looks nothing like me!" said she to herself.

"So? Is it so wrong to want to be someone else?
Is it so wrong to imagine yourself in a world of your own?
Is it so wrong to be in a world where no one knows who you are?"

Hmm. Thought she. "Perhaps it's not a bad idea after all.
But, will I look like this the next time you draw me?"

"Well, I'll try, but I doubt it would. Because I suck terribly at drawing. I lack of consistency. Besides, I thought that you wanted to live your fantasies, why would you need to look the same? This is your story is it not?
This is your alter ego is it not?
THIS is where you can be whatever you want to be!
You can choose however you want to look."

"So are you saying, this is a lie?" Questioned she to her out of concern.

"It's not a lie. It's a fantasy. Don't tell me you don't fantasize, do you?"

"Indeed I do, all the time. And I love it"

"I love it too."

Sunday, December 21, 2008

Kalaulah barang lain boleh miss call kan senang?





Aku rasa rumah aku ada toyol. Sebab setiap kali aku nak keluar, tengah nak cepat pulak tu, ada je benda yang hilang entah ke mana. Mulalah aku memulakan ekspidisi pencarian harta karun. Kalau telefon bimbit, boleh lah miss call, dengar kat mana. Itupun kalau aku tak silent atau bateri tak kong. Dari elok duk happy, mekap dah cun, terus jadik PMS,
dan mekap semua dah hilang dijilat bersih oleh peluh.

Sejak kebelakangan ni, toyol kat rumah aku ni
suka sangat sorok jam tangan aku dengan coli.

Dahla dua benda tu aku akan rasa
sangat telanjang kalau tak pakai.


Korang pulak cemana? Adakah mengalami situasi yang sama macam aku?

Mak aku kata, kalau kepala boleh cabut, dah lama kepala aku ni hilang.

Thursday, December 18, 2008

Bagaimana 'babi' boleh menjadi perkataan untuk mencarut.

Aku dari kecik lagi suka baca majalah GILA-GILA, dan sangat suka 'Asal-Usul', dan aku rasa aku memang terpengaruh lah ngan bahagian tersebut. Idea ni dah lama ada dalam sketch book aku. Jadi aku pon lukis balik dalam Adobe Photoshop, konon nak buat elok lah kan. Tapi ni tak elok pon. Aku malas. Cincai. Warna pon belasah. Kalau kat sekolah ni mesti kena marah dengan cikgu pendidikan seni sebab aku color out of the lines. Mesti dapat C.
Ah pedulik apa aku. Ini dinamakan self-expression.

Lukisannya akan muncul di bawah, kalau tak nampak tu, ha ha ha, alamatnya.... internet slow, jadi lambat sikitlah loadingnya. Diharap bersabar.

Gilalah, posting ni pukul 4 pagi. Betapa berdedikasinya aku pada blog ini.
Tepuk untuk diri sendiri. Syabas Inspektor Sahab.


Tuesday, December 16, 2008

Fashion Don'ts No. 2: The Mom Jeans

Inspired by E! Channel

































Aku sebenarnya masih boleh mempertimbangkan sesapa yang bermuffin top ni
(RUJUK: "Fashion Don'ts No. 1: The Muffin Top").

Sedikit limpahan lemak tu kekadang aku tengok agak seksi. Rasa macam nak cubit je lemak-lemak kat tepi tu, geram.

Contohnya seperti pelakon-pelakon Bollywood yang memakai Sari. Muffin top ni berlaku biasanya kerana pemakain seluar jeans yang saiznya terlalu kecil.

Di sini aku nak kongsi satu video dari youtube mengenai muffin top yang sangat comel. Dan ini contoh gadis bermuffin top yang menggiurkan.

http://www.youtube.com/watch?v=DyO-z_7Ip9c



Jadi sikit-sikit bermuffin top ni, masih boleh diterima, cuma ada hadnya. Pepandai lah korang sendiri mengukur tahap kelimpahannya itu. Masalah muffin top ini timbul juga, sebab perempuan dicipta berpinggul dan berpunggung besar, jadi, jika memakai seluar yang besar, adalah sangat tidak cantik pada rupa bentuk badan, dan biasanya pinggang seluar bersaiz besar akan turut besar, walhal pinggang perempuan itu kecil, jadi macam tak kena pulak, oleh yang demikian berlakunya kejadian memakai seluar yang bersaiz lebih kecil, yang menyebabkan kes muffin top berlaku.

Ini membawa aku pada Fashion Don'ts yang kedua. Ada pula yang tidak suka memakai seluar yang ketat, jadi mereka mengambil jalan untuk memakai seluar yang besar, dan high waist (jangan dikelirukan dengan fesyen high waist). Jadi, kalau masa tunduk atau duduk, masalah menampakkan garisan bontot atau pun seluar dalam tidak akan timbul.

Takdalah perlu untuk menarik-narik seluar ke atas, dan tshirt ke bawah untuk menyorokkan seluar dalam ketika makan di kedai makan.

Dan pesen seluar begini dipanggil Mom Jeans. Sila lihat gambar-gambar yang disertakan di atas. Dan gambar di bawah ini khas untuk korang semua, di samping minah salleh, terdapat jugak seorang selebriti tanah air kita yang tidak asing lagi membuat kesalahan ini. Walaupun ia bukanlah jeans, tetapi cubaan dia untuk memakai fashion jenis high waist pants gagal sama sekali. Datuk Siti Nurhaliza akhirnya menjadi mangsa mom jeans.






















Agak-agak Datuk K turn on tak
tengok isterinya pakai macam ni?

Wednesday, December 10, 2008

Fashion Don'ts No. 1: The Muffin Top

Inspired by E! Channel and personal observation.






























































Aku tahu dan paham konsep menjadi konfiden dengan diri sendiri. Tapi, ada kalanya teralu konfiden tu sangat memburukkan imej anda. Dalam kes ini, dari segi pemakaian. Aku dah lihat terlalu ramai yang memakai sebegini. Dan aku rasa macam nak korek je bijik mata aku keluar.

Soal citarasa tak timbul, yang timbulnya soal sense and sensibility. Kalau dah perut tu buncit dan boyot, tolonglah cover, tak perlulah nak pakai babi-t, atau baju steng, dipadankan dengan skirt pendek atau jeans ketat. Cantik macam mana baju tu, perut ko tu tak akan nampak cantik. Teringin macam mana pon ko nak pakai, please lah jangan. For your own sake, and of course for the others who have to endure this visual torture.

Mungkin ada yang kata, ah peduli apa orang nak kata, janji aku rasa aku cantik sudah.
BIG MISTAKE.

Macam aku ni, aku teringan sangat pakai skirt pendek, aku teringin sangat pakai baju yang berlubang kat belakang contohnya spaghetti strap, tapi aku ada masalah back acne yang meninggalkan kesan parut. Aku terpaksa campak keinginan aku tu ke dalam longkang.

Dan sebenarnya, ko boleh nampak lagi cantik kalau tutup perut ko tu, boleh saja carik baju yang sesuai dan padan dengan bentuk tubuh ko. Nampak cantik kat orang lain tak semestinya sesuai dan nampak cantik kat ko. Aku pon perut buncit gak, dan aku teringin gak pakai macam ni, sebab cantik je aku tengok orang lain pakai, tapi aku pakai dalam bilik aku jelah, sambil mengusap perut aku yang tak berapa nak kempis ni.

Tapi aku tetap seksi tau. Miaw.

Perempuan yang fikir pakai payudara.


Hal ini telah disentuh oleh Magenta. Tapi aku nak elaborate hanya satu perangai yang aku paling menyampah oleh kaum aku sendiri. Aku quote dari Magenta:

[ Dan aku tak paham kenapa ada orang yang suka tanya soalan yang dia sudah tahu jawapannya? Macam-
"Oh gosh, why are all these cars honking at me?"- oleh seorang kenalan yang sedang memakai mini hot pants.
"Kenapa laki suka pandang dada aku?"- oleh seorang kawan kepada kawan aku yang memakai bra hitam di bawah baju putih yang ketat.
Mereka nak kita jawab apa sebenarnya? Aku pun tak tau." ]

Argh. Aku ingat aku sorang je rasa nak muntah bila kejadian ini berlaku, rupanya ramai juga manusia lain yang turut berkongsi perasaan yang sama. Aku tak paham perempuan macam ni. Memang benar, women are complicated. Aku perempuan pon masih keliru dengan jantina sendiri. Malu pon ada, sebab perangai macam ni membuatkan kaum aku kelihatan bodoh dan aku pon kena tempias jugak. Haih.

Mari kita beri nama kawan aku ni Beyonseh. Beyonseh ni badan dia agak gebu, kulitnya putih, badannya montok, payudara mantap, bontot memang bootyliciouslah, sesuai untuk masuk dalam video klip 50 sen. Pastu perempuan ni biasalah vain, dan tahu bila ada sesuatu kelebihan, lebih-lebih fizikal. Ada kalanya memang perasan, tapi takpon. Tapi ada yang memang benar dan diakui keistimewaannya. Aku cerita pasal keistimewaan fizikal.

Jadi, perempuan ni, sesetengah atau mungkin kebanyakan, kerana naturally vain, akan flaunt apa yang diorang ada.

We girls like to show the world what we have.

Dan tipulah kalau perempuan ni tak syok bila dilihat dan di'appreciate' oleh lelaki.

Contohnya, bila lelaki feewit, kononlah tak suka, tapi dalam hati akan sedikit rasa kembang, biarpon lelaki tu tak hensem langsung. Kalau yang ada rupa sikit, uih lagilah rasa waaah hebat.

Tapi yang buat aku menyampahnya, bila Beyonseh ni dengan seluar ketat nampak bontotnya seketul seketul kiri dan kanan, stok seluar nampak v-shape pepetnya (sori agak lucah sket ayat aku, tapi aku geram), dan kemudiannya jalan stok hayun tulang pinggul kiri kanan bila berjalan, mulut bising dan kecoh, gelak supaya satu dunia dengar, dan lelaki semua tengok, berkata hai, mengeluarkan bunyik tikus, atau berkata, sedapnya, banyak air nieh, dan sebagainya, dia akan pandang aku sambil buat muka menyampah, menjeling pada lelaki tersebut, dan tanya "Eee, apesal diorang ni tengok I, gelinya, ewwwww"

H E L L O

Haih kawan aku ni. Kalau tak disebabkan dia baik ngan aku dan aku sayang dia, dah lama aku tampar. Chey, berani sangatlah aku nak tampar orang. Tapi takdalah, aku tau aku bukan perfect, tapi serious weh, aku menyampah gila perangai macam tu. Tapi sekarang aku rasa dia dah tak macam tulah. Taktaulah, aku dah lama tak lepak ngan dia. Rindu pulak nak tengok dia macam tu. Tapi masa tu aku hanya mampu senyum paksa, nak jaga hati kawan.
Malasla nak nasihat, sebab aku pon lebih kurang je.

Aku cakap macam ni sebab, payudara aku (aku rasa perkataan payudara ni erotik dan lebih lucah dari perkata tetek) pernah kena ramas sekali masa aku pergi ke sebuah concert. Masa tu aku pakai lah baju yang ketat sket, lengan panjang, tapi ketat, memang nampak terbonjol gak lah kat dada wanita aku ni. Masa tu aku duduk kat depan stage, betul-betul depan, belakang pagar penghalang tu. So tengah sibuk layan sapa tah masa tu tengah perform, tiba-tiba aku dapat merasakan sekeping tangan yang merayap dan meraba dada aku dari belakang. Padehal kat sebelah aku, bf aku (kini ex). Aku terkejut, terus bagitau the ex, dan dia sebagai hero aku, sempat pegang tangan mamat tu, sambil pegang sekuat-kuatnya dan pulas. Tangan tu terlepas jugak, tak sempat tengok sapa.
Aku punya bengang masa tu. Rasa nak tendang je semua lelaki kat situ.

Tapi, pikir balik. Siapa suruh pergi pakai macam tu.
Yelah, kat konsert, dipenuhi dengan testosteron. Berhimpit-himpitan.
Aku rasa lelaki kot bodoh kalau tak ambik kesempatan.

What do you expect kan? Padan muka aku.

Monday, December 8, 2008

Hari Raya Korban yang dingin.


Hujan tak berhenti dari pagi tadi sejak aku ke Masjid bersama keluarga aku untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha. Di Masjid berhampiran rumah aku terdapat pelbagai jenis manusia dari segala macam kasta. Dari kereta bernombor plet satu angka, hinggalah ke mereka yang bekerja shift di kilang-kilang berdekatan. Ada juga yang kelihatan memakai seragam kilangnya. Biru dan putih. Hari raya pon bekerja. Kebanyakan mereka dari perantauan.

Seperti cuaca yang dingin hari ni, aku turut terasa dingin, suasana Hari Raya Korban di bandar tidak serupa di kampung. Hambar. Membosankan. Rasa seperti hari-hari biasa, cuma ada lemang, ketupat dan rendang. Dan hanya pagi tadi sahaja aku berpakaian raya yang telah dipakai masa Hari Raya Puasa beberapa bulan yang lepas. Dan di waktu begini, kalau tiada tetamu yang datang, aku sudahpun menyalin baju memakai baju t dan seluar jeans, dan yang pasti aku akan tidur Hari Raya setelah aku melahap sesudah solat tadi.

Abang aku yang sulung tidak datang beraya. Dia hantar SMS ke ayah aku mengatakan dia keluar negeri. Aku tau, sebenarnya dia cuba mengelakkan diri dari datang ke rumah ini setelah kejadian abang aku yang lagi satu melemparkan kata-kata 'hikmah' kepadanya.

Okay, aku namakan abang yang pertama tu, Roy, dan abang yang kedua, James. Dua hari sebelum Hari Raya Puasa, aku sekeluarga berbuka bersama seperti biasa. Roy datang bersama isteri dan anak-anaknya. Roy ni dari dulu suka sangat kacau aku.

Kerusi yang mak nak duduki tu sedikit lembab, sangat sikit, tapi sebab aku concern, aku tanyalah, "Mak kerusi basah sikit nie, nak tukar ke?" Basahnya hanya di penghujung kerusi, dan tak kena pon kalau duduk. Mak pon kata, "Takpa, mak duk depan sket, tak kenalah bahagian basah tu". Aku pun merasakan lagi dengan tangan aku tempat tu, dan rasa takdalah basah gila tahap membasahkan bontot dan kain kalau duduk. Ikutkan tak perlu pon keutarakan hal kerusi basah, cuma aku terlebih beri perhatian. Lembapnya datang dari mangkuk berisi ais tak silap aku. Jadi dapat digambarkan hanya lembab sedikit. Tak perlu tukar kerusi. Hal kecil yang tak memudaratkan langsung.

Tiba-tiba, sedang aku cedok nasik, abang aku melemparkan kata-kata kesat kat aku, katakan aku ni bodohlah, bajingan, dan macam-macam lagi. Aku memang jenis akan lawan balik, dan ada satu ayat yang aku keluarkan mengatakan "Kang aku doakan ko miskin baru tahu". Tapi aku tidak sekejam nak mendoakan sebegitu, sebangsat mana abang aku itu, aku tak sampai hati. Cuma saja nak melawan dan sakitkan hati aku cakap macam tu. Yelah dia menghina aku, panggil aku bodoh, bajingan, sial, mana aku tak bengang, hanya sebab aku tak tukar kerusi untuk mak. Dahla masa berbuka puasa pulak tu.

Sesudah aku mengeluarkan ayat tu,
aku terus ditumbuk di kepala.


Terus, segala rasa hormat aku terhadapnya sebagai seorang abang, dan sebagai orang yang sangat kaya dan berjaya hilang. Lesap.

Dramanya tak berakhir. Roy hampir menumbuk aku lagi sekali tapi telah ditahan oleh Jason, satu lagi ahli keluarga aku yang duduk di sebelah aku. Kemudian mak terus bertanya pada Roy "Roy, kenapa kau buat macam ni?", isterinya turut bersuara "Bang, kenapa bang buat macam ni?" sambil menangis. Aku masih memegang kepala aku, terasa biol dan kaget. Sakit dowh. Nasib baik tak kena mata aku. Kalau tidak.

Bila aku tanya macam tu, abang aku terus menolak mangkuk nasik ke arah mak, dan baling gelas, ke arah aku, yang hampir kena mak. Mak aku pon, apa lagi, baling jugak gelas ke arah dia, tapi kena lantai lah. Drama.

Terus mak suruh semua berhenti makan dan beredar dari meja makan. Lagipun, habis lauk dimasuki kaca. Ah aku pon terus hilang lapar.

Aku dan Jason terus lari masuk ke bilik bibik aku meraung sebab aku rasa sangat sedih dan kecewa, masih memegang kepala aku. Benjol siot. Jason nak menumbuk balik Roy, tapi aku tak bagi, aku takut si Roy tu belasah si Jason sampai mati. Dahla tengah panas tu. Haih, jadik kes polis pulak nanti. Leceh.

Aku dengar dari dalam bilik, Roy bertekak dengan mak. Dan akhirnya diam, dia pun balik ke rumah. Aku keluar dari bilik. Jason dipanggil bodoh oleh mak sebab tak tumbuk je balik, mak aku tengah panas jugak masa tu. Tapi aku rasa lebih bagus Jason tidak menumbuknya. Panjang cerita, dan Jason pon tidak bodoh macam si Roy tu.

Isteri pada James ada di situ waktu itu, dia diam saja, dan pergi kat mak. Dan dia lihat kaki mak berdarah, rupanya kaca yang pecah dari gelas terkena kakinya. Hish. Bengang gila. Kakak ipar aku pon tolong membersihkannya.

Tapi kerana takut masih ada kaca dalam kaki, dan sebab mak ada kencing manis, aku, Jason, kakak ipar bawak mak ke klinik untuk diperiksa. Aku dengan benjolnya membawa sebotol air panas untuk dituam ke atas benjol aku tu. Sampai ke hari ni masih ada lagi kesan benjol.

Masa kejadian ni, James takda di Malaysia. Jadi dia tidak tahu menahu. Seminggu kemudian, dia balik, dan beberapa hari kemudian baru aku bagi tau. Bengang gila dia. Jadi, dah tak tahan sabar dan bengangnya, kerana Roy ni buat tak tau dan rasa benda ni dah okay, abang aku James terus memberi kata-kata hikmat pada Roy masa Roy datang untuk tegur James dan bertanyakan "So how was your viva?" James yang memendam perasaannya selama ini tidak menjawab soalan itu tanpa segan silu berkata pada Roy,

"You still have the nerve to come here after what you did?"

Roy, terdiam, mengangguk kepala dan hanya berkata "Okay.." Pergh. Dan terus Roy blah balik. James tak puas hati sebab tak dapat bertumbuk. Ahaha. Dan sejak itu, dah berbulan-bulan Roy tak datang ke rumah. Surat yang sampai ke sini pon di ambil oleh iparnya dan bibik. Haih.

Carik pasal sangat. Aku sebenarnya kesian kat Roy. Dia tumbuk aku pon aku masih rasa kesian. Aku sebenarnya kesian kat mak, sejahat manapun anak, dan sesakit hatinya seorang ibu pun, mesti dia rindu dan sayangkan anaknya. Walaupun kalau boleh aku dah tak mau pandang si Roy lagi, tapi dalam hati aku, aku masih teringin dia datang ke rumah, sekurang-kurangnya mengucupi tangan mak.

Selamat Hari Raya Aidiladha semua.

Pengenalan.

Hello.

Jari-jari aku memandu aku untuk membuat blog ini. 
Kenalkan, aku, Pously Naie.

Aku juga hendak menaiki bandwagon
bersama para blogger yang lain.
Boleh kan?

Aku ada banyak cerita dan pengalaman yang aku hendak kongsi bersama. Selama ini aku lebih menjadi pemerhati dari orang yang berkata-kata, aku seorang yang pendiam. Tapi di sini aku mahu membuka suara dengan menekan-nekan huruf di papan kekunci ini. Tangan aku sekarang berkobar-kobar untuk menulis nukilan seterusnya.

Ini hanyalah pengenalan. Cukup setakat ini sahajalah tentang aku.