
Hal ini telah disentuh oleh
Magenta. Tapi aku nak elaborate hanya satu perangai yang aku paling menyampah oleh kaum aku sendiri. Aku quote dari Magenta:
[
Dan aku tak paham kenapa ada orang yang suka tanya soalan yang dia sudah tahu jawapannya? Macam-"Oh gosh, why are all these cars honking at me?"- oleh seorang kenalan yang sedang memakai mini hot pants."Kenapa laki suka pandang dada aku?"- oleh seorang kawan kepada kawan aku yang memakai bra hitam di bawah baju putih yang ketat.Mereka nak kita jawab apa sebenarnya? Aku pun tak tau." ]
Argh. Aku ingat aku sorang je rasa nak muntah bila kejadian ini berlaku, rupanya ramai juga manusia lain yang turut berkongsi perasaan yang sama. Aku tak paham perempuan macam ni. Memang benar, women are complicated. Aku perempuan pon masih keliru dengan jantina sendiri. Malu pon ada, sebab perangai macam ni membuatkan kaum aku kelihatan bodoh dan aku pon kena tempias jugak. Haih.
Mari kita beri nama kawan aku ni Beyonseh. Beyonseh ni badan dia agak gebu, kulitnya putih, badannya montok, payudara mantap, bontot memang bootyliciouslah, sesuai untuk masuk dalam video klip 50 sen. Pastu perempuan ni biasalah vain, dan tahu bila ada sesuatu kelebihan, lebih-lebih fizikal. Ada kalanya memang perasan, tapi takpon. Tapi ada yang memang benar dan diakui keistimewaannya. Aku cerita pasal keistimewaan fizikal.
Jadi, perempuan ni, sesetengah atau mungkin kebanyakan, kerana naturally vain, akan flaunt apa yang diorang ada.
We girls like to show the world what we have.
Dan tipulah kalau perempuan ni tak syok bila dilihat dan di'appreciate' oleh lelaki.
Contohnya, bila lelaki feewit, kononlah tak suka, tapi dalam hati akan sedikit rasa kembang, biarpon lelaki tu tak hensem langsung. Kalau yang ada rupa sikit, uih lagilah rasa waaah hebat.
Tapi yang buat aku menyampahnya, bila Beyonseh ni dengan seluar ketat nampak bontotnya seketul seketul kiri dan kanan, stok seluar nampak v-shape pepetnya (sori agak lucah sket ayat aku, tapi aku geram), dan kemudiannya jalan stok hayun tulang pinggul kiri kanan bila berjalan, mulut bising dan kecoh, gelak supaya satu dunia dengar, dan lelaki semua tengok, berkata hai, mengeluarkan bunyik tikus, atau berkata, sedapnya, banyak air nieh, dan sebagainya, dia akan pandang aku sambil buat muka menyampah, menjeling pada lelaki tersebut, dan tanya "
Eee, apesal diorang ni tengok I, gelinya, ewwwww"
H E L L OHaih kawan aku ni. Kalau tak disebabkan dia baik ngan aku dan aku sayang dia, dah lama aku tampar. Chey, berani sangatlah aku nak tampar orang. Tapi takdalah, aku tau aku bukan perfect, tapi serious weh, aku menyampah gila perangai macam tu. Tapi sekarang aku rasa dia dah tak macam tulah. Taktaulah, aku dah lama tak lepak ngan dia. Rindu pulak nak tengok dia macam tu. Tapi masa tu aku hanya mampu senyum paksa, nak jaga hati kawan.
Malasla nak nasihat, sebab aku pon lebih kurang je.
Aku cakap macam ni sebab, payudara aku (aku rasa perkataan payudara ni erotik dan lebih lucah dari perkata tetek) pernah kena ramas sekali masa aku pergi ke sebuah concert. Masa tu aku pakai lah baju yang ketat sket, lengan panjang, tapi ketat, memang nampak terbonjol gak lah kat dada wanita aku ni. Masa tu aku duduk kat depan stage, betul-betul depan, belakang pagar penghalang tu. So tengah sibuk layan sapa tah masa tu tengah perform, tiba-tiba aku dapat merasakan sekeping tangan yang merayap dan meraba dada aku dari belakang. Padehal kat sebelah aku, bf aku (kini ex). Aku terkejut, terus bagitau the ex, dan dia sebagai hero aku, sempat pegang tangan mamat tu, sambil pegang sekuat-kuatnya dan pulas. Tangan tu terlepas jugak, tak sempat tengok sapa.
Aku punya bengang masa tu. Rasa nak tendang je semua lelaki kat situ.
Tapi, pikir balik. Siapa suruh pergi pakai macam tu.
Yelah, kat konsert, dipenuhi dengan testosteron. Berhimpit-himpitan.
Aku rasa lelaki kot bodoh kalau tak ambik kesempatan.
What do you expect kan? Padan muka aku.